Wednesday, October 27, 2010

Putus Asa, Kecewa dan ubatnya

Manusia sering merasa putus asa dan kecewa kerana gagal mengemudi diri dalam kehidupan, kecewa kerana gagal mendidik ahli keluarga, kecewa kerana sering gagal dalam percintaan, kecewa kerana selalu gagal dalam melaksanakan tugasan dipejabat, kecewa kerana gagal mendapat projek-projek mewah atau sederhana mewah malah kecewa kerana diri masih berada di takuk lama bertahun-tahun walau berbagai cara telah dilakukan.

Putus asa dan kecewa datang dari hati iaitu segumpal daging yang ada di dalam diri kita. ianya berbentuk satu rasa yang mempunyai perkaitan dengan mental, emosional, spiritual dan fizikal. Apabila seseorang tu putus asa dan kecewa; maka beliau tidak dapat berfikir secara waras (mental), emosi mengalami tekanan yang sukar dikawal (emosi), semangat menjadi pudar malah berada pada tahap paling rendah dan kesihatan badan juga akan terganggu.

Maka putus asa dan kecewa adalah salah satu penyakit yang paling merbahaya buat diri jika kita tidak dapat menanggani dengan baik.Putus asa dan kecewa terhasil apabila segala perancangan yang telah diatur dengan kemas gagal mendapatkan apa yang dihajatkan., maka kita akan mengalami satu keadaan di mana segala usaha adalah sia-sia sahaja.

Benarkah segala usaha itu yang telah kita ambil itu sia-sia sahaja? Setiap apa yang berlaku di dunia ini sebenarnya tak sia-sia kerana ada hikmah dibalik peristiwa tersebut.

Yakinilah bahawa hakikat utama kehidupan kita adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah s.w.t. Jika kita gagal memperolehi apa yang kita usahakan sebenarnya  ianya tertakluk kepada qadha' dan qadar Allah s.w.t. Mungkin disitu ada hikmah yang kita tidak mengetahuinya. Jiwa seorang Mukmin akan berbaik sangka dan yakin dengan  takdir yang datang daripada Allah s.w.t.

Sesuailah dengan lafaz yang sering kita ucapkan semasa membaca do'a iftitah 5 kali sehari semalam iaitu "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah kerana Allah Taala.."

Kita mengucap kalimah "La hawla wala quwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu perkara yang tidak disukai dan tak diingini. Gantikan perasaan putus asa, kecewa dan sedih dengan perbanyakkan membaca kalimah ini.

"Lahawla wala quwwata illa billah" merupakan khazanah daripada khazanah-khazanah Syurga, ia merupakan penyembuh untuk 99 jenis penyakit, sekurang-kurangnya penyakit dukacita, kesedihan dan kerisauan.

2 Orang Membebel Kat Saya Di sini:

cha said...

sesungguhnya kecewa sekarang, tidak selama-lamanya kecewa =)

Iman's Umi said...

Kita penah dgr, gagal sekali bukan bererti gagal selam2nya...motivasi utk exam dlu.

My Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mari Mengalunkan Zikir...Tenangnya

Related Posts with Thumbnails