Friday, June 11, 2010

Kelebihan Membaca Al-Quran

Oleh kerana hari ni adalah Hari Jumaat, sy mengajak kwn2 utk membaca al-Quran sbb byk kelebihan yg akn diperolehi. Antara kelebihan membaca al-Quran ialah:

1- Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
2- Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran: Menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
3- Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
4- Mengikut Ibn Abbas r.a, pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
5- Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
6- Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.
7- Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.
8- Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
9- Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin.
10- Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.
11- Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
12- Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
13- Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
14- Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.
15- Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.
16- Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.
17- Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
18- Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.
19- Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.

6 Orang Membebel Kat Saya Di sini:

My Love Story

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Mari Mengalunkan Zikir...Tenangnya

Related Posts with Thumbnails